14 January, 2013

set your GOALS

bismillahirrahmanirrahim





jika ditnya tentang perancangan 5 tahun akan datang, apa yg akan aku lakukan??

dalam tempoh sejenak diberikan, aku melontarkan beberapa perkara. namun, bila mana aku memikirkannya kembali, aku perlu atur sebaik mungkin yang perlu menjadi matlamat dalam penerusan kehidupan aku. semestinya, perkara yang utama perlu difikirkan adalah kewangan yg disimpan dan utk kegunaan semasa. jika perkara itu aku tak dapat atasi, maka tarikh perkahwinan semakin lambat. namun, perkahwinan tidak menjadi keutmaan pada asa sekarang. adik-adik aku perlu di utamakan dahulu.  rasa sedih dan pilu melihat kesihatan ayahku. semakin hari semakin dimamah usia. aku perlu bantu dia dahulu. bukan pula perkahwinan itu aku tinggalkan sepenuhnya. tidak. ia akan berjalan seiring.insyaAllah.

ada baiknya jugak untuk aku serius dalam bab perkahwinan. bukan bermakna, sebelum ini aku tidak serius. lebik banyak mendalami ilmu munakahat. meneliti bacaan berkenan tentang perkahwinan dan sebagainya. ada satu novel aku baca, 'suami ku ustaz' penulis berkata, kita harus bersedia dari sekarang untuk membina baitul muslim. bukannya esok nak dirikan masjid hari ini baru kita nak belaja.Dunia ilmu Allah amat lah luas.

 meletakan matlamat dengan jelas dan menyatakan matlamat tersebut adalah perlu untuk aku bergerak kearahnya. tiada asbab untuk aku tidak mencapainya setelah aku pasakkan matlamat itu ke benak pemikiran dan hati.
namun satu sikap aku adalah, perkara yang akn berlaku usah difikirkan keterlaluan, selesaikan yang ada ditangan sebaiknya.

satu perkara yang menjadi kekacauan dalam dada ku adalah tahap keyakinan aku rendah. entah mengapa sekarang menjadi begini. seingat aku dulu, aku ni tidak pula begini.

satu cara aku cuba perbaiki sikap ini, aku mendengar kata-kata nasihat dari ustaz-ustaz serta ustazah dari internet. satu kata-kata dari prof muhaya...

Jika pencapaian orang lain menjadi kayu ukur kejayaan kita maka orang lain telah mengawal hidup dan ketenangan kita. Kejayaan sebenar ialah mendapat syurga Allah. Buat amalan mendekatkan diri pada syurga Allah maka kejayaan mendekati kita dunia akhirat in Shaa Allah

betul kata orang, banyakkan bercakp dengan diri sendiri, kenali diri dahulu barulah boleh cipta matlamat seterusnya capai ia dengan jayanya. tapi bagaimana aku ingin kenal diri???


ismaryzalismail
14012013


2 comments:

  1. All decision in your hand...what decision you make today,u will get it later....

    Moga Allah permudahkan segala urusan.^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana