31 December, 2011

STRESS vs S.T.R.E.S.S..just do it..

bismillahirrahmanirrahim

"....Allah menguatkan dengan pertolonganNya bagi siapa yang Dia kehendaki.Sungguh, pada demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan(mata hati)"..(ali-imran:13)

aku dahulukan celoteh dan perkongsian kali ini dengan sepotong tafsir dari ayat Alquran. Ramai dari kalangan kita sedang mentelaah segala note-note yang telah diberikan semasa kuliah. Jika kepala boleh dibelah, aku yakin, begitu berserabut di setiap ruang dalam kepala.EXAM dah dekat.

kali ini aku ingin kongsikan sedikit petua untuk  menghilangkan rasa stress dengan S.T.R.E.S.S.
TERKEJUT. Bersabar dahulu. jangan cepat melatah. perkara ini sudah dikongsikan oleh seorang sahabat aku dari UM. dia memang aku hormati dan aku kagum.

tidak perlu berleter panjang lebar. Mari kita selami satipersatu huruf yang yang bernama S.T.R.E.S.S.

S merupakan huruf yang pertama dalam ejaan stress. S ini bermaksud SOLAT. Dalam seharian, kita perlu memenuhi lima tuntutan seorang muslim, iaitu solat lima waktu. ditambahkan lagi dengan solat-solat sunat yang sememangnya dianjurkan oleh Islam. Dengan solat hati kan menjadi lebih dekat dengan Pencipta.Sujud yang terakhir pada setiap kali solat, mohonlah di tenagkan hati, dimurahkan rezeki dan dimudahkan pembelajaran serta di jauhkan segala perkara maksiat dari diri kita dan sebagainya.Pintalah dengan Pencipta kita tanpa meminta orang lain doakan.Direct terus kepadaNYA.Dengan slat ini juga, kita telah berhubung terus dengan Allah swt.

”orang-orang beriman dan tenang hatinya adalah dengan mengingati Allah,ingatlah hanya mengingati Allah hati menjadi tenang”.(ar-Ra’d:28)

Huruf yang kedua adalah T. T adalah THINK POSITIVE. bersikap think positive memang digalakkan oleh Islam kepada umatnya. pemikiran memainkan peranan penting dalam kita menghadam segala macam note yang telah dibekalkan. Jika pemikiran kita berserabut, sudah tentu apa yang dibacanya tidak melekat dan tidak faham sepatah apa pun. tanamkan dalam diri kita perkara yang kita akan lakukan adalah mudah.Tetapi jangan ambil mudah sesuatu perkara itu. Akibatnya kerja yang dilakukan hanya cincai-cincai sahaja.Tiada kualiti. Ingat firman Allah dalam surah Albaqarah,

"boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak menegetahui”.(al-Baqarah:216)

Setiap malam, hingga larut malam berjaga menyiapkan assignment, due date sudah hampir.Bertungkus lumus.Jadi huruf yang ketiga bertepatan dengan perkara ini. R- REHAT. otak kita memerlukan time untuk rehat. seperti enjin kereta.enjin kerata pun meemrlukan rehat, dan perlu diisi minyak pelincir.begitu  juga otak kita. perlukan rehat.tenangkan pemikiran dengan membaca ayat-ayat Alquran, sedikit regangan dan sebagainya.jangan pula disalah fahamkan pula.merehatkan otak bukan hanya dikatakan tidur semata-mata.itu hanya sampingan

perkara keempat adalah E. sudah menjadi setiap orang memerlukan hiburan untuk mencari ilham dan merehatkan pemikiran. Jadi E adalah ENTERTAIN.berhibur tidaklah salah.tetapi bertepatanlah dengan landasan Islam.sekarang begitu banyak cara untuk menghiburkan pemikiran. antaranya adalah soduko, angry bird, PESS dan sebagainya.Selain itu, mendengar lagu-lagu yang mendamaikan. Hiburan yang aku maksudkan adalah hiburan yang boleh membawa diri ini kepada peningkatan pemikiran bukan melalaikan.berhibur mengikut masa yang telah ditetapkan.Jangan melalut.

Satu senaman yang mudah untuk kita lakukan adalah pada muka kita.S pertama adalah SENYUM. senyum merupakan ubat untuk menghilangkan perasan tidak puas hati.mengurus stress dengan senyum adalah baik. bukan sahaja baik  unutk diri bahkan unutk masyarakat sekeliling.senyum, senyum dan senyum..

S yang terakhir adalah SUPPORT.setiap kita mempunyai rakan di kelas mahupun dipersatuan.Jadi masing-masing perlu menyokong antara satu sama lain. Dlam Islam diperkenalkan dengan organisasi. Jadi sokongan dan dorongan diperlukan pada saat moral down.mengharapkan keluarga, jauh sama sekali. mereka berada jauh dikampung(yg jauh la)..jadi kita sebagi sahabat, mesti dan wajib menjadi  pendamping, lebih-lebih lagi dikala megalami keserabutan dan kesusahan.

akhir kalam, moga pengurusan stress dapat dihandle dengan sebaiknya.jangan terlalu tertekan..hingga sampai membinasakan diri.berkongsilah selagi mana tidak menyusahkan orang ramai. terima tasih buat zulamirulizwan atas prkongsian..

[road tour for final exam]
ismaryzalismail
31 disember 2011

mood menyambut ulang tahun kelahiran sahabat..
 mat hussin











2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana