20 June, 2011

Saya sayang Ayah

Assalamualikum wbt

semalam sambutan hari bapa begitu meriah diseluruh pelosok negara.Pelbagai aktiviti di rancang untuk menggembirakan isi hati si ayah serta sebagai tanda terima kasih untuknya kerna susah payah membesar kita.

"abah ni hadiah untuk abah", kata sepupu aku kepada ayahnya.
"Buka la, cepat la",sambungnya.



Terharu aku, sepupu aku yang berumaur 5 tahun itu menghadiahkan ayahnya satu keping kad untuk ayahnya semperna hari ayah semalam.

Sudah lama aku tidak pulang menemui mereka di kampung, masa yang ade membataskan aku untuk menemui mereka.Sudah la juga tidak aku menyentuh tangan mereka yang penuh dengan belaian kasih.Urat-urat yang memenuhi tangan menjadi saksi kepada mereka, setelah susah payah membesar aku.



kata orang,"Kasihnya ibu membawa kesyurga,kasihnya ayah mencipta kebahagian".Siayah dapat menjaga 10 orang anak, tapi seorang anak belum tentu dapat menjaga menjaga si ayah seorang.Memang betul, apa yang di katakan itu.

Dikesempatan yang ada ini ingin aku sarankan kepada semua, sahabat-sahabat semua.Jagalah mereka seperti mana mereka menjaga kita sewaktu kecil.Belaian kasih, ciuman mesra yang di berikan sewaktu kita besar tapak tanagan hinggalah sekarang harus dikekalkan.
kerutan dahi, menunjukkan betapa lanjutnya usianya.Jangan pula kasih kita terhadap mereka, hanya di hari bapa dan di hari ibu, kita zahirkan.Kita seharusnya menzahirkan kasih kita terhadapnya setiap hari.Mendoakannya setiap selesai solat.
Tidak perlu untuk aku huraikan lagi apa bagaimana untuk kita menzahirkan rasa sayang dan kasih terhadap mereka~terutama ayah.Sebeluym ini sudah aku postkan satu entri mengenai kasih si ayah~ce klik sini.



Apa-apa pun, saya sayang ayah.
SELAMAT HARI BAPA.
ISMAIL BIN MUHAMAD

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana