27 June, 2011

jalan-jalan di hujung minggu


Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, syukur seinfiniti,aku panjatkan kehadrat Ilahi.Sehingga sekarang aku di benarkan untuk menghirup udara di bumi NYA, serta dapat melihat kiindahan yang tiada bandingan.
Minggu lepas aku berkesempatan untuk melihat keindahan bumi banting dari ruang udara, di bukit Jugra.Aku berempat, menaiki bukit, asalnya saja-saja, tetapi niat terus bertukar bila kaki menyentuh tanah di bukit Jugra.Dengan menggunakan pacuan empat roda,MyV, blh jgk kami sampai.Balai cerapan di bukit Jugra, sememangnya tersegam indah.Dari sini aku dapat melihat bandar banting serta kawasan pertanian yang hampir keseluruhan diliputi kelapa sawit.
Kebetulan di atas sana, paragliding sedang melakukan terjunan.Subhanallah, menakjubkan.Untk melakukannya, memerlukan teknik yang betul, dan tahu selok belok tentang tiupan angin yang datang.Jika tidak,...

Sebelum kami ke sana kami, sempat beriadah di boling superbowl kat banting.selepas itu, singgah sekejap di pantai morib.Dentuman ombak memecah pantai dan haruman air laut, boleh menenangkan pemikiran.seperti kebiasaan hujung minggu, ramai yang akan mengunjunginya.Dari sekecil-kecil usia hingga la selanjut-lanjut usia.Tua,muda, dewasa, sikecil, mak ayah.Ada yang datang berteman, berkeluarga sorang-sorang, brtiga, berempat.sesama jantina, berlainan jantina dan ramai lagi.

Setelah enam minggu di sini, minggu lepas baru lah berpeluang untuk mengecapi semua ini.Almaklumlah,keterbatasan waktu.Perjalanan minggu lepas tidak dapat aku lupakan.Satu lagi kisah yang disemat dalam kamus hidup aku.



kekecewaan atas kekalahan~


mengeratkan ukhwah melalui lambungan boling



santai di pantai morib~mengisi perut



angin bayu meresap hingga ke tulang





menunggu





memulakan terjunan

2 comments:

  1. ehem3~ gambar pertama tak boleh blah r...

    mana de kalah seh...bagi peluang kat kome2 je...

    hahaha~

    ReplyDelete
  2. hahaha~xnak ngaku xpe la...aku faham...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sahabat@sahabiah PMI

.: sahabat utm :.

sahabat nun disana